Khamis, 28 Mei 2009

E-COMPOST ORGANIC FERTILIZER

















Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran mahu pun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. Malahan merupakan baja organik yang mesra alam. Fakta Penggunaan E-Compost berbanding baja kimia adalah 1:3.





Ertinya 1 kg E-Compost bersamaan3 kg baja kimia.





Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman.
Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan.Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman.Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai najis haiwan.





Baja E-Compost adalah baja organik yang mengandungi NPK yang mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.Aplikasi E-Compost dalam tanaman:
i. Untuk sayur dedaun guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks)
ii. Untuk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi (apply thereafter bi-monthly as carrier fertilizer)





Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan E-Compost:
i. kurang pembajakan antara musim
ii. kurang masalah perosak
iii. pertambahan pengeluaran hasil
iv. mutu rasa & ketahanan hasil (rasa rangup & shelf-life lebih lama)
v. penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila tmutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana E-Compost dapat memulihkan tanah agar dapat menyerap nutrien dengan lebih efisyen.


MENGAPAKAH BAJA E-COMPOST RELEVAN UNTUK SEKTOR PERTANIAN?

E-compost merupakan 1 kaedah bagi mendapat sumber baja organic mesra alam yang selamat digunakan. Negara maju seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Kanada & Jepun telah lama menggunakan baja organic
E-compost dalam sektor pertanian. Ianya satu industri besar yang menguntungkan. Negara kita ketinggalan lebih kurang 30 tahun dalam bidang vermiculture berbanding Negara-negara lain. Korea contohnya telah menggunakan kaedah pengkomposan sisa buangan organic menggunakan cacing, pada tahun 1978 lagi.
Permintaan untuk baja organic E-compost melebihi bekalan.

Baja kimia (urea) hanya mempunyai 1 atau paling maksima 2 unsur hara sahaja, sama ada N atau N+P manakala
E-compost mempunyai unsure NPK serta hara atau zat lain yang sangat sesuai bagi pemilihan tanah pertanian.

E-compost tiada unsur kimia dan selamat digunakan.

E-compost berupaya mempercepatkan tumbesaran dan penuaian.

Unsur hara ‘boron’ yang terdapat di dalam E-compost memberi daya tahan dari penyakit pada tanaman.

Tanaman pada padi telah terbukti apabila menggunakan E-compost pengeluaran padi meningkat dari 7 ton / ha menjadi 10 ton / ha.

3 Bentuk baja E-Compost telah dikeluarkan. Antaranya:

i. Serbuk (Tanah)
Merupakan baja yang biasa digunakan oleh petani dalam penggunaannya
Seminggu sekali.
Kebaikannya : Murah, berkesan, menjimatkan

ii. Palet
Adalah berbentuk kiub sebesar 2mm-3mm. Cara penggunaannya juga adalah





sama iaitu Seminggu sekali.
Kebaikannya: tidak mudah lanai pada tanah, berkesan dan menjimatkan.

iii. Cecair
Merupakan baja yang paling cepat bertindak dan penggunaannya disembur





pada Daun-daun sahaja.
Kebaikannya: Paling cepat bertindak, berkesan dan harganya lebih mahal





dari serbuk.





1. Jenis tanaman-tanaman yang bersesuaian?

- Ia bersesuaian dengan semua jenis tanamanan tumbuhan.

2. Gambar-gambar (dilampirkan) & perubahan tanaman setelah menggunakan baja Organic E-Compost
(gambar-gambar yang dilampirkan adalah 100% telah menggunakan baja E-
Compost)

Jaminan kami bahawa E-Compost adalah 100% baja organic cacing tiada campuran tanah hitam atau unsur-unsur lain, ini adalah untuk menjaga kualiti dan keberkesanan produk keluaran syarikat. Cacing-cacing yang
diternak untuk pengeluaran baja adalah 100% cacing import dari Australia dan Indonesia.

Perubahan akan dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat
(Dalam 2 minggu – 1 bulan). Malah jika tanaman tak bermaya ia akan menyerlah,
jika pokok tak berbuah, jika buah kecil ia akan membesar.






(Contoh: Kacang Panjang)